Template Contoh Ulasan Guru Kelas Dalam Sistem SAPS Ibu Bapa

Perhatian cikgu-cikgu yang tak tahu nak buat ulasan guru kelas dalam sistem SAPS Ibu Bapa, berikut dikongsikan template dan contoh ulasan yang boleh digunakan.

Sebelum itu, untuk makluman sistem SAPS ditutup buat sementara waktu berikutan kes kebocoran maklumat yang dilaporkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek.

Sehingga sekarang belum diputuskan secara rasmi bilakah sistem tersebut akan dibuka semula kepada umum.

Namun perlaksanaan SAPS Ibu Bapa harus diberikan pujian kerana memudahkan urusan ibu bapa untuk semak gred peperiksaan pelajar dari semasa ke semasa.

Contoh Ulasan Guru Kelas

Jika sebelum ini para guru diminta membuat ulasan secara manual, kini semuanya dilakukan online.

Cikgu-cikgu diminta memasukkan maklumat pemarkahan peperiksaan dan kehadiran pelajar serta perlu membuat ulasan dalam sistem SAPS.

Jadi kepada cikgu yang tak tahu nak berikan ulasan, anda boleh gunakan contoh ulasan di bawah. Pilihlah yang sesuai dengan keputusan peperiksaan pelajar.

  • Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
  • Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
  • Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
  • Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
  • Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
  • Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.
  • Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.
  • Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
  • Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
  • Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
  • Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
  • Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
  • Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
  • Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.
  • Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
  • Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
  • Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Untuk ulasan keharian pula anda boleh gunakan contoh ulasan di bawah:

  • Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
  • Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.
  • Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran .
  • Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Semoga perkongsian ini dapat membantu cikgu-cikgu membuat ulasan dengan penuh berhemah. Sekiranya ada idea lain, mohon komen ulasan anda di bawah.

Related Post

Leave a Comment