Panduan Waktu Solat Hajat, Niat Beserta Doa Selepas Solat

Berhajatkan sesuatu? Buatlah solat Hajat.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, pasti ramai yang menghadapi kesukaran dan mengalami tekanan dalam hidup.

Hendak mengharapkan bantuan saudara mara atau kawan-kawan, tidak semua dapat membantu.

Jadi kepada siapa lagi untuk mengharapkan pertolongan?

Oleh itu, seringlah lakukan solat sunat terutamanya solat Hajat dalam mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.

Rasullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah dia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.” (riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad juga meriwayatkan dengan sanah shahi dari Abu Darda’ bahawa Rasullah SAW bersabda “ Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat atau pun lambat.”

Selain didirikan untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu dan mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT, solat sunat Hajat juga dilakukan untuk menolak sesuatu yang tidak diingini seperti musibah dan bencana.

Ia juga didirikan bagi mencari yang hilang.

Baca juga: Panduan Lengkap Solat Sunat Dhuha 2 Rakaat

Waktu Solat Hajat

Solat sunat Hajat boleh didirikan secara bersendirian atau bersama-sama Jemaah untuk satu niat yang sama, tidak kira sama ada waktu siang mahu pun malam.

Biasanya jika dilakukan secara berjemaah adalah untuk memohon hajat agar diturunkan hujan ketika musim kemarau menimpa, mengelak penyakit berjangkit daripada berleluasa, mencari mangsa lemas, mencari orang hilang, meminta keamanan negara dan bermacam-macam lagi.

Namun, sebaiknya lakukan solat sunat Hajat bersendirian sewaktu suasana sunyi iaitu selepas tengah malam. Lebih afdal sekiranya didirikan selepas 2/3 malam kerana ia lebih berkesan, lebih khusyuk dan lebih tenang.

Panduan Solat Hajat

Solat sunat Hajat boleh didirikan bermula daripada dua rakaat hingga 12 rakaat.

Kelainan solat sunat Hajat berbanding solat-solat sunat yang lain, adalah sewaktu sujud yang terakhir, mukmin yang melakukan solat sunat Hajat perlu memuji-muji Allah disertakan dengan niat yang dihajati.

Selepas selesai, perlu berdoa sekali lagi agar doa-doa yang dihajati dapat dimakbulkan.

Niat solat hajat seperti berikut:

niat solat hajat

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Maksud: Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

1. Rakaat pertama, baca surah Al-Kafiruun atau Al-Kursi, satu atau 11 kali)

ayat kursi

“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

2. Rakaat kedua, baca Surah Al-Ikhlas, satu atau 11 kali)

surah al ikhlas

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

3. Selesai memberi salam, terus sujud sekali lagi dan baca Tasbih di bawah sebanyak 41 kali atau Tasbih Hajat sebanyak 1 kali

tasbih solat sunat hajat

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Tasbih Hajat

tasbih hajat

Banyakkan berwirid selepas solat sunat Hajat

  • Istigfar (10/100 kali)


Maksudnya: Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya

  • Zikir

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah

  • Selawat (10/100 kali)

Maksudnya: Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dank e atas ahli keluarga penghulu kami Muhammad SAW

Diikuti dengan doa solat hajat (doa selepas solat).

Doa Solat Hajat

doa solat hajat

Artikel Berkaitan:

Leave a Comment