Semakan Penyata Gaji Penjawat Awam 2018 Secara Online

Bagaimana untuk membuat semakan penyata gaji secara online? Berikut dikongsikan panduan semak slip gaji online 2018.

Penyata gaji hanya boleh disemak menerusi portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Mengikut laporan https://penyatagaji.com/ anda perlu mendaftar sebagai pengguna di portal JANM sebelum membolehkan anda log masuk ke sistem penyata gaji tersebut.

Ada beberapa perkara yang diperlukan antaranya:

  • Nombor IC / Kad Pengenalan
  • No. Gaji (boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
  • Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Cara Semakan Penyata Gaji Online

Semakan gaji boleh dibuat selepas tarikh gaji diumumkan.

Tarikh pembayaran gaji penjawat awam adalah seperti berikut:

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis); Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis); Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31 (Khamis) Mei 2018
  • Jun – 7hb (Khamis); Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa); Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis); Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
  • Disember – 24hb (Isnin); Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)

Untuk mendapatkan maklumat slip penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, anda perlu pasang perisian PDF reader seperti Adobe Reader di komputer terlebih dahulu. Ianya bertujuan bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

Untuk login ke sistem ePenyata Gaji sila layari URL berikut: http://www.anm.gov.my/index.html

Pada halaman utama portal ANM, klik “Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan” kemudian anda akan dibawa ke login page sistem tersebut.

Untuk anda yang baru pertama kali menggunakan sistem ePenyata Gaji, sila daftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK.

Perlu diingatkan ruangan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

Setelah selesai, sila tekan butang “OK” dan skrin berikut akan dipaparkan.

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji.

Sistem semakan Penyata Gaji sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.

Artikel Berkaitan:

Leave a Comment