Semakan BRIM 2018 Status Permohonan & Rayuan Online

Perhatian pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia, semakan BRIM 2018 boleh disemak secara online di laman web rasmi eBR1M LHDN.

Semakan status akan dibuka bulan Februari 2018 (tarikh rasmi akan dikemaskini).

Buat masa sekarang permohonan baru telah pun ditutup 25 Januari lepas.

Mengikut satu laporan media, dijangka BR1M kali ini memanfaatkan lebih 7 juta rakyat Malaysia.

Pengenalan BR1M

BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2012. Kini pemberian skim tersebut sudah masuk tahun ke-6 dilaksanakan.

Dahulunya pemberian BRIM sebanyak RM500 sahaja. Kini dinaikkan sehingga RM1,200 mengikut kategori masing-masing.

Skim serupa ini mula mendapat perhatian negara Arab seperti Arab Saudi dan terkini Mesir.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, penerimaan kedua-dua negara di Timur Tengah itu membuktikan BR1M yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah model ekonomi yang tepat dan terbukti membantu golongan tidak bernasib baik.

Cara Memohon

Permohonan BR1M hanya boleh dibuat sama ada secara online atau melalui kaunter LHDN.

Bagi permohonan secara online, sila layari portal rasmi eBR1M.

Bagi anda yang pernah dapat BR1M sebelum ini, pastikan anda kemaskini permohonan paling kurang sekali dalam tempoh 3 tahun. Ini bertujuan agar nama anda tidak tercirir semasa pemberian BRIM kali ini.

Permohonan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berikut senarai semak apa yang perlu anda sediakan untuk memohon BR1M tahun ini:

  1. Nama
  2. No. MyKad
  3. Tarikh Lahir
  4. Jantina
  5. Status Perkahwinan
  6. Tarikh Penceraian / Kematian Pasangan
  7. No. Telefon Rumah
  8. No. Telefon Bimbit
  9. Pekerjaan
  10. Nama Bank
  11. No. Akaun Bank
  12. Alamat e-Mel
  13. Alamat Surat Menyurat Terkini

Kemaskini

Seperti yang dimaklumkan oleh LHDN sendiri, pemohon WAJIB mengemaskini permohonan masing-masing sekali dalam tempoh 3 tahun.

Sebagai contoh jika anda membuat permohonan pada 2012, sila kemaskini permohonan anda pada tahun 2015. Jika gagal berbuat demikian, permohonan anda mungkin gagal.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini ialah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Urusan kemaskini telah pun ditutup bagi permohonan tahun ini.

Pastikan anda baca: Senarai Tempat Menarik di Malaysia 2018

Jadual Pembayaran BR1M

Sebelum melihat jadual pembayaran, ada beberapa perkara perlu anda tahu. Antaranya tentang perbezaan kategori penerima BRIM.

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia terbahagi kepada 3:

  1. Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  2. Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  3. Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah

Bagi kategori 1, pemberian BR1M adalah sebanyak RM450. Manakala RM900 untuk kategori 2 dan RM1,200 untuk kategori 3.

Pembayaran BRIM akan dibuat bermula bulan Februari 2018.

Status Permohonan

Bagi anda yang masih keliru tentang status permohonan, berikut adalah huraian setiap term yang digunakan:

  • Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  • Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  • Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
  • Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  • Tidak LulusPermohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak BerjayaSurat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Semakan BRIM 2018 Online

Semakan BRIM boleh dibuat sama ada di portal rasmi LHDN atau melalui applikasi Semakan BR1M yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Hanya 2 cara tersebut yang sahih. Tolong jangan terpedaya dengan beberapa laman web yang cuba mendapatkan maklumat anda dengan membuat halaman palsu semakan BRIM 2018.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang pemberian skim ini, sila ke kaunter terdekat LHDN atau hubungi talian rasmi LHDN.

Leave a Comment