Permohonan UPSI (Diploma) Ambilan November 2018 / 2019

Kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma, berita baik permohonan UPSI ambilan November 2018 / 2019 kini dibuka bermula 5 September sehingga tarikh tutup 5 Oktober 2018.

Permohonan perlu dibuat secara online sahaja.

Terdapat lima program Diploma yang ditawarkan, antaranya:

  1. Diploma Sains
  2. Diploma Sains (Matematik)
  3. Diploma Teknologi Makmal
  4. Diploma Keusahawanan
  5. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Baca juga: Gred Pemarkahan Peperiksaan Pelajar 2018

Permohonan UPSI Diploma 2018

Program Diploma UPSI terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana Universiti Awam tidak layak memohon ke progam ini.

Syarat am kemasukan ke program Diploma UPSI ialah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu. Dan pelajar yang ingin memohon ke program ini hendaklah lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Syarat khas bergantung kepada program yang ingin dimohon. Butiran lanjut seperti di bawah:

Diploma Sains (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam mana-mana dua subjek berikut: Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan / Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Mekanikal
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik) (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam Matematik / Physic / Chemistry / Biology
  • Lulus Add Math dan Bahasa Inggeris

Diploma Teknologi Makmal (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat (2) dua kepujian dalam Matematik / Fizik / Kimia / Biologi
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Keusahawanan (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam Ekonomi Asas / Perdagangan / Perakaunan

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Lulus Bahasa Inggeris / Mathematics

Cara Memohon Program Diploma UPSI

Seperti dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan UPSI hanya boleh dibuat secara online di portal http://www.upsi.edu.my/online/

Langkah-langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Sila beli BITARA ID Diploma di BSN (RM26) mulai 5 September hingga 5 Oktober
  2. Layari http://www.upsi.edu.my/online/ dan klik Applikasi Permohonan Diploma
  3. Login dengan memasukkan nombor kad pengenalan beserta No Bitara ID Diploma
  4. Calon hanya dibenarkan membuat dua pilihan sahaja bagi program yang diminati
  5. Isi dan lengkapkan borang permohonan, kemudian cetak pengesahan permohonan

Selepas selesai permohonan online, calon diminta menghantar beberapa dokumen ke

Urusetia Permohonan Diploma
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

Antara dokumen yang perlu dihantar termasuklah:

  • Pengesahan Permohonan Diploma
  • Salinan Sijil/Keputusan SPM/Setaraf yang disahkan
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • Salinan Sijil Penglibatan Sukan (Daerah/Negeri/Kebangsaan/Antarbangsa) – Jika ada

Calon perlu memastikan dokumen sampai sebelum 5 Oktober 2018 bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Tarikh Penting Program Diploma UPSI

  • Iklan Permohonan : 2 September
  • Tarikh Mula Memohon : 5 September
  • Tarikh Tutup Permohonan : 4 Oktober
  • Tarikh Akhir Menghantar Perakuan Permohonan Online : 5 Oktober
  • Hebahan Permohonan Yang Berjaya : 22 Oktober
  • Pendaftaran Pelajar Baru : 8 November
  • Minggu Orientasi : 8-11 November
  • e-Rayuan Kemasukan Diploma : 22 Oktober
  • Pendaftaran Pelajar Rayuan : 19 November

permohonan upsi diploma 2018

Tentang UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus  iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upsi.edu.my/

 

Leave a Comment