Gred Pemarkahan Peperiksaan Pelajar 2018

Bagi ibu bapa yang perlukan rujukan gred pemarkahan peperiksaan pelajar, berikut dikongsikan maklumat gred sekolah rendah dan sekolah menengah seperti yang dipaparkan di portal rasmi SAPS.

Gred pemarkahan ini penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam setiap subjek matapelajaran yang diambil di sekolah. Pemantauan perlu dibuat secara berkala bagi meletakkan pelajar di tahap memuaskan.

Semakan boleh dibuat menerusi sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Gred Pemarkahan Peperiksaan 2018

Jadual gred pemarkahan adalah seperti berikut:

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan.

Bagi pelajar yang belum berpuas hati dengan pencapaian anda, pastikan anda teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa khususnya dalam menilai keputusan peperiksaan anak masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi terus pihak sekolah atau layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/

Leave a Comment