Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 2018 (Pelbagai Jawatan)

Anda dipanggil menduduki ujian psikometrik dalam masa terdekat?

Jangan risau, berikut dikongsikan beberapa contoh soalan ujian psikometrik SPA sepanjang tahun 2018. Koleksi contoh soalan ini diambil daripada calon-calon yang telah menjalani ujian tersebut sebelum ini.

Untuk makluman, SPA baru sahaja memperkenalkan ujian ini sebagai tapisan pertama sebelum calon dipanggil menduduki peperiksaan online / temuduga.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Bagi yang pertama kali mendengar perkataan “psikometrik”, ianya bermaksud ujian bagi mengukur kepintaran berfikir seseorang (1).

Setiap soalan diberi pilihan jawapan objektif sama ada “Ya / Tidak” atau “Setuju / Tidak Setuju”.

Antara skop soalan yang sering ditanya termasuklan topik-topik berikut:

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Tips untuk menjawab soalan-soalan psikometrik ialah sentiasa positif dengan jawapan anda. Buang jawapan-jawapan negatif yang akan menggagalkan usaha anda untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Tanpa melengahkan masa berikut dikongsikan koleksi contoh soalan & jawapan ujian psikometrik pelbagai jawatan SPA.

Sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai maklumat, tips menjawab soalan untuk lulus dengan cemerlang, kami syorkan untuk download ebook ujian psikometrik (klik sini untuk download).

1. Saya akan merasa menyampah bila orang lain berperangai pelik
A. Ya
B. Tidak

2. Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan yang setia sanggup membimbingnya
A. Ya
B. Tidak

3. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
A. Ya
B. Tidak

4. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti
A. Ya
B. Tidak

5. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
A. Ya
B. Tidak

6. Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

7. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya
A. Ya
B. Tidak

8. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

9. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

10. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

11. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

12. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

13. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

14. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

15. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

16. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

17. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

18. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

19. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

20. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

21. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

22. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

23. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak

24. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak

25. Saya suka menonton perlawanan bola sepak
A. Ya
B. Tidak

26. Saya Suka Mendayung Sampan
A. Ya
B. Tidak

Download Ebook Rujukan Psikometrik SPA 2018

Kepada calon-calon ujian psikometrik sepanjang tahun 2018, anda boleh mendapatkan ebook rujukan yang mengumpulkan segala tips & panduan menduduki peperiksaan SPA melalui link berikut:

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/314

Ebook tersebut merupakan ebook yang dihasilkan oleh Infokerjaya Resources yang terkenal membimbing calon-calon peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi.

contoh soalan ujian psikometrik

Leave a Comment