Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Anda calon peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos nanti? Berikut dikongsikan contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 sebagai rujukan bersama.

Untuk makluman, peperiksaan ini bukanlah pertama kali diadakan secara online.

Sebelum ini pada tahun 2016, SPA pernah mengadakan peperiksaan yang sama bagi jawatan tersebut.

Seramai 34,233 calon telah menduduki peperiksaan yang diadakan pada bulan Disember 2016.

Tahun ini jumlah calon dijangka dua kali ganda!

Jadi calon peperiksaan 15 Ogos nanti diminta bersedia dari sekarang.

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

Seperti biasa, setiap kali SPA mengumumkan akan mengadakan peperiksaan online, calon akan mula gelabah mencari panduan untuk menghadapi exam tersebut.

Mana tidaknya, calon tiada sebarang rujukan utama.

Lainlah peperiksaan SPM atau PT3 ada guideline, bagi peperiksaan SPA lain pula ragamnya.

Setiap tahun, format peperiksaan SPA sentiasa berubah. Untuk tahun ini tiada Ujian Psikometrik dijalankan.

Sebelum ini peperiksaan SPA mengandungi 3 seksyen, tapi bagi peperiksaan 15 Ogos ini cuma dua seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)

Peperiksaan akan bermula pada jam 8 malam sehingga jam 9.40 malam.

Pastikan calon siapkan kelengkapan seperti sambungan Internet, komputer / laptop untuk menjawab exam online tersebut. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan.

Ok berikut merupakan contoh soalan tahun-tahun lepas bagi jawatan Penolong Pegawati Tadbir N29.

Kami bahagian mengikut seksyen supaya anda mudah faham.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji tahap kepekaan seseorang terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dinasihatkan untuk fokus isu-isu 3-4 bulan ke belakang.

Antara soalan yang ditanya adalah seperti berikut:

seksyen a ptd

Untuk dapatkan 100+ contoh soalan & jawapan setiap seksyen A & B, sila isi borang di penghujung artikel ini. Kami akan emelkan sebuah ebook rujukan khas buat calon-calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini adalah bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon-calon PPTN29.

Antara soalan yang akan ditanya merangkumi kemahiran menggunakan logik, kemahiran Menginterpretasi Data dan kemahiran matematik.

Antara soalan yang pernah keluar sebelum ini adalah seperti berikut:

Pastinya apa yang kami kongsikan tidak memadai.

Atas dasar keprihatinan kami untuk membantu calon supaya LULUS exam kali ini, jadi pihak kami dengan kerjasama tim Infokerjaya akan melancarkan ebook rujukan khas Peperiksaan Online Pen. Pegawai Tadbir N29.

Ebook ini lengkap dengan:

  • Penerangan format peperiksaan
  • 100+ contoh soalan & jawapan setiap seksyen
  • Nota ringkas jawatan Penolong Pegawai Tadbir
  • Dan banyak lagi “rahsia” peperiksaan SPA yang anda perlu tahu

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan ebook seperti di bawah ini, sila isi borang di penghujung artikel ini. Pastikan emel yang anda berikan nanti adalah emel yang mudah untuk dihubungi (emel rasmi anda).

Penolong Pegawai Tadbir N29

Bila dipanggil menduduki exam pastinya anda sedia maklum apakah bidang tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir, betul?

Tapi ada juga calon yang masih blur — tak dapat bezakan antara Penolong Pegawai Tadbir N29 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Perbezaan paling ketara adalah kelayakan.

PPTN29 merupakan jawatan yang boleh dimohon oleh graduan Diploma manakala PTD merupakan jawatan lepasan Ijazah.

Gaji Penolong Pegawai Tadbir N29 bermula dari RM1,493 sehingga gaji maksimum RM5,672.

Antara skop kerja / bidang tugas PPTN29 ialah bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Kami harap anda jelas dengan penerangan terperinci tentang jawapan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Jika anda mahukan maklumat lebih sila layari portal rasmi SPA bahagian Maklumat Jawatan.

Ebook Rujukan PPTN29

Bagi anda yang mahukan ebook di bawah, sila ke portal Kerjaya.MY (klik sini untuk mengisi borang muat turun ebook tersebut). Terhad untuk 1,000 muat turun sahaja. Pastikan anda antara yang terawal.

Cepat isi borang di sini https://kerjaya.my/

Jika perlukan apa-apa bantuan, sila komen di bawah. Kami akan cuba bantu anda untuk LULUS!

Leave a Comment