Syarat Kelayakan BR1M 2018

BR1M 2018 dikekalkan pada kadar maksimum RM1,200 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pemberian BR1M 2018 akan mula dilaksanakan pada bulan Februari, diikuti bulan Jun dan Ogos.

Bagi individu berpendapatan RM2,000 dan ke bawah, pemberian BR1M adalah sebanyak RM450 iaitu pada bulan Februari 2018.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000, pemberian BR1M 2018 pada bulan Feb, Jun & Ogos sebanyak RM300 sebulan.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah pula, pemberian BR1M sebanyak RM400 pada bulan Feb, Jun & Ogos.

BR1M 2018 Syarat Kelayakan Permohonan

Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat bermula 27 November 2017 di portal rasmi BR1M.

Berikut adalah syarat terkini permohonan BR1M.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Pemohon mestilah mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pelajar yang menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) tidak layak memohon BR1M 2018.

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.

Cara Pos Barang Guna Poslaju & FlexiPack

Untuk anda yang berhajat untuk pos barang kepada seseorang, berikut kami kongsikan cara pos barang menggunakan Poslaju Malaysia dan juga FlexiPack.

Untuk makluman, terdapat perbezaan harga untuk setiap parcel yang anda ingin pos.

Sebelum membeli sampul poslaju, pastinya anda timbang berat dahulu takut-takut berat dokumen anda melebihi had yang ditetapkan.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu membeli sampul atau box Poslaju mengikut berat.

Teruskan membaca →