Cara Pos Barang Guna Poslaju & FlexiPack

Untuk anda yang berhajat untuk pos barang kepada seseorang, berikut kami kongsikan cara pos barang menggunakan Poslaju Malaysia dan juga FlexiPack.

Untuk makluman, terdapat perbezaan harga untuk setiap parcel yang anda ingin pos.

Sebelum membeli sampul poslaju, pastinya anda timbang berat dahulu takut-takut berat dokumen anda melebihi had yang ditetapkan.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu membeli sampul atau box Poslaju mengikut berat.

Cara Pos Barang Guna Poslaju

Untuk pengguna prepaid, anda perlu ke mana-mana cawangan pejabat pos biasa atau poslaju untuk membeli sampul poslaju.

Sila beratur dan mengambil nombor giliran jika perlu.

Setiap pembelian akan menerima 2 item iaitu sampul poslaju dan borong poslaju .

Isi borong tersebut selengkapnya termasuk detail pengirim dan penerima.

Kemudian koyak bahagian salinan pengirim pada halaman terakhir borang dan drop barang anda di kaunter.

Pada borang tersebut tertera number tracking poslaju.

Anda boleh semak status penghantaran barang anda di web Poslaju.

Harga Poslaju

Berikut senarai harga poslaju mengikut berat dan kawasan penghantaran.

Type: Prepaid Envelope S
Size: 280mm x 200mm
Max. Weight: 500g
Price: RM7.31

Type: Prepaid Envelope L
Size: 380mm x 320mm
Max. Weight: 1kg
Price: RM10.49

Type: Prepaid Box S
Size: 340mm x 250mm x 80mm
Max. Weight: 2kg
Price: RM13.78

Type: Prepaid Box M
Size: 340mm x 250mm x 150mm
Max. Weight: 5kg
Price: RM21.20

Type: Prepaid Box L
Size: 380mm x 320mm x 200mm
Max. Weight: 10kg
Price: RM31.80

Harga berbeza mengikut warna merah atau biru.

Untuk maklumat lanjut, sila ke kaunter poslaju atau hubungi talian hotline 1-300-300-300.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *