Digi WWWOW

Awards 2015

PENDIDIKAN HAK SETIAP INSAN

Social Impact

SHARIFAH SHARINA SYED ASWAD

SHARIFAH SHARINA SYED ASWAD
Website URL


Keyword

3009 votes

Projek Iqra' ialah sebuah NGO yang memfokus kepada pendidikan. Apabila berjumpa dengan segmen masyarakat berusia 10 tahun - 17 tahun yang kurang berkemampuan dan tercicir pelajaran, kami mengumpul usaha untuk menggerakkan program Kelas Rakyat. Ianya kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran dan tidak mampu ke pusat tuisyen berbayar. Bergerak sejak tahun 2013, kini sudah ada 5 Kelas Rakyat di KL, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Tidak cukup dengan itu, kami membuka peluang kepada NGO atau kumpulan yang berminat untuk duplikasi program ini di kawasan mereka mengikut jenama mereka sendiri. Ia dipanggil Rakan Kerjasama Strategik (RKS). Hingga kini 5 RKS telah menyertai kami. Program ini juga mendapat perhatian di Brunei yang berminat untuk mengembangkannya disana. Kami juga bekerjasama dengan kumpulan seperti ini di Kalimantan Barat. Kami sedang meninjau peluang untuk berkolaborasi dengan RKS di Labuan, Kota Kinabalu dan Teluk Intan. Kesemua program ini digerakkan oleh para sukarelawan.

Share via Facebook, Twitter or Google+